Ahad, 17 Julai 2011

Moh Tanam Pokok


Perlukan 7 juta pokok bagi setiap 1 juta penduduk

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menanam tujuh juta batang pokok bagi setiap satu juta penduduk bandar raya di negara ini bagi menyerap sekurang-kurangya 15 peratus pelepasan gas rumah hijau, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Beliau berkata kini sebuah bandar raya di negara ini secara purata hanya mampu menyerap 1.5 peratus pelepasan gas.


"Oleh itu berdasarkan model progresif linear, saya telah mengira bahawa bagi setiap satu juta penduduk, kita memerlukan tujuh juta pokok bagi setiap bandar raya kita.


"Kita perlu menanam antara lain lebih banyak pokok teduh terutama di laluan pejalan kaki," katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Ke-15 Persidangan Anggota Parlimen Asia Pasifik bagi Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED) di sini hari ini.


Beliau merupakan pakar terlatih dalam bidang perhutanan dan sains alam sekitar dan kini merupakan Naib Presiden APPCED.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan