LAMAN GEOGRAFI ANDA
Berkongsi tentang segala ilmu berkaitan Subjek Geografi , Alam Sekitar dan Kemanusiaan
Isnin, 22 April 2013
Bahan keseluruhan Folio KKG 2013
Cikgu masukkan bahan pembentangan KKG 2013 secara keseluruhan..Bagi pelajar yang belum siap, gunakanlah ia sebagai rujukan dan panduan ( Hati-hati anda dilarang meniru secara keseluruhan )
Jumaat, 5 April 2013
Siri Akhir KKG 2013
Buat anak murid dan para pelajar cikgu masukkan siri terakhir KKG 2013..diharapkan ia dapat membantu.
Rabu, 27 Mac 2013
Siri 4
Mari kita belajo cara-cara nak membuat Dapatan Kajian iaitu:
1. Konsep Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan Jangan lupa rujuk wikipedia @ kamus Dewan atau rujuk disini powerpoint dapatan kajian
Mulakan kerja anda untuk mendapatkan 2 markah..

Rabu, 20 Mac 2013
Siri 3 : Kaedah Kajian
Beberapa kaedah kajian
1.Pemerhatian
2.Temu bual
3.Soal selidik
4. Rujukan
Mana-mana kaedah kajian yang munasabah diterima
Isnin, 11 Mac 2013
Sabtu, 2 Mac 2013
Cara membina kawasan kajian
Cikgu rasa
pelajar sudah sampai ke kawan kajian dalam membina KKG 2013..Bagaimana kita hendak mendapat markah penuh 8 markah..banyak ni.
1.Kawasan kajian : pilih contohnya Pekan Batu Gajah, Perak
• Lokasi kawasan kajian : Lokasi kawasan kajian saya terletak di antara Pekan Pusing dan Ipoh.
2. Membina Peta Daerah / Peta kawasan kajian
Pelajar boleh buka : http://pdtbatugajah.perak.gov.my/a atau http://www.maplandia.com/malaysia/perak/batu-gajah/#map
untuk mendapat peta dan masukkan tajuk dan arah mata angin..pelajar layak mendapat 2 markah...lihat peta dibawah
3. Bagi Peta lakar..seharusnya peta ini dilukiskan oleh pelajar dengan memasukkan arah mata angin, petunjuk, tajuk dan kotak..
Boleh mencuba untuk bahagian ini sekarang..rujuk guru geog sekiranya ada masalah
1.Kawasan kajian : pilih contohnya Pekan Batu Gajah, Perak
• Lokasi kawasan kajian : Lokasi kawasan kajian saya terletak di antara Pekan Pusing dan Ipoh.
• Pandang darat fizikal: Terdapat beberapa ciri fizikal contohnya sungai dan hutan
kawasan kajian
• Jarak dari bandar / : Jarak bandar ini dengan bandar terdekat ialah 6km dan bandar Ipoh
pekan terdekat ialah 25km
Buat dalam perenggan pendek, pelajar hanya perlu memilih 3 sahaja ( ini yang paling mudah ). Disini pelajar sudah layak mendapat 2 markah.2. Membina Peta Daerah / Peta kawasan kajian
Pelajar boleh buka : http://pdtbatugajah.perak.gov.my/a atau http://www.maplandia.com/malaysia/perak/batu-gajah/#map
untuk mendapat peta dan masukkan tajuk dan arah mata angin..pelajar layak mendapat 2 markah...lihat peta dibawah
|
| Tajuk : Peta Daerah Batu Gajah atau kawasan Batu Gajah |
Tajuk : Peta Lakar Daerah Batu Gajah
3. Bagi Peta lakar..seharusnya peta ini dilukiskan oleh pelajar dengan memasukkan arah mata angin, petunjuk, tajuk dan kotak..
Boleh mencuba untuk bahagian ini sekarang..rujuk guru geog sekiranya ada masalah
Isnin, 25 Februari 2013
Rabu, 20 Februari 2013
Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P)
Panitia Geografi SMK Bandar Baru Sg, Long, Kajang.: Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P):
satu nota dan maklumat geografi yang berserta grafik yg menarik boleh minat pelajar...jom lihat sama-sama

Langgan:
Catatan (Atom)