Rabu, 21 Disember 2011

Semak keputusan PMR 2011

For those 2011 PMR candidates, now you can check your PMR 2011 results on 22-23 December 2011 via SMS, or you can check it at your own school. I am waiting for my little brother that already sit for the examination this year. I hope he will get a good result. For those who want to check your result via SMS, here’s the way how you can check your result via SMS.

Type PMR No Angka Giliran

Send To

15888

Good Luck Guys!

Keputusan PMR 2011

Esok..detik yang ditunggu oleh anak2ku telah tiba..Segala penat, lelah mereka akan terbukti sama ada lulus, lulus dengan cemerlang dan gagal. Apepun keputusan anak2 telah buat yang terbaik. cikgu juga sudah buat yang terbaik untuk memberikan keputusan A dalam geografi sehingga membawa kepada wujudnya blog ini..tahniah cikgu ucapkan pada yg berjaya, yang gagal masih ada masa untuk buktikan kejayaan nanti.

Rabu, 2 November 2011

KELAB GREENBOC: Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar

KELAB GREENBOC: Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar: K uala Terengganu: Permulaan musim tengkujuh dan jangkaan banjir besar di Pantai Timur semakin terasa dengan hujan berterusan dan ribut meny...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Alhamdulillah, Geografi PMR 2011 dah selesai hari Rabu hr tu. Apa yang cikgu gembira kebanyakkan pelajar T3 yang cikgu jumpa kata senang, ok dan boleh 'A' cikgu. Hari ni bertemu dgn pelajar yang cikgu ajar...diorang ni siap semak lg..berani betul.
Sasaran kita kebanyakkan keluar dan pelajar gembira. Harap2 keputusan PMR nanti skor A dalam tangan. Banyakkan berdoa dan insyaallah, berjaya.

Isnin, 3 Oktober 2011

SELAMAT MENGHADAPI PMR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Buat yang terbaik, untuk usaha yang sekian lama. Setiap usaha tanpa henti pasti akan mendapat balasan sewajarnya..Selamat berjaya anak2 muridku.

Jumaat, 30 September 2011

Analisa soalan Percubaan PMR 2011

Di sini cikgu serta analisa geografi percubaan PMR 2011 dari beberapa negeri 2011. Ia bertujuan untuk kita melihat tajuk2 tumpuan utama PMR dan boleh kita gunakan utk latihan fasa
terakhir menjelang PMR pada minggu depan
1. Analisis percubaan PMR Tingkatan 1 2001
2. Analisis Percubaan PMR Tingkatan 2 2011 ( Klik untuk melihat ).
Cikgu berharap ia dapat membantu pelajar melihat tajuk2 tumpuan utama. Selamat membaca dan menjawab soalan latihan, ( yang ringan2 sahaja )..

Selasa, 27 September 2011

Nota sisipan geografi 2011

sila dowload nota sasaran a geografi yang ada 2 set.. set 1 dan set 2

semoga ia dapat membantu mencapai sasaran A..

Khamis, 22 September 2011

Soalan latihan online

Pelajar-pelajar boleh menjawab soalan latihan PMR dan soalan tahun lepas secara di laman web http://learningcontent.dyndns-free.com
Terdapat soalan sejarah, geografi, bahasa melayu Inggeris dan Matematik..

Rabu, 21 September 2011

Program Puncak Geografi PMR

Bahan ini dikongsikan dari Blog :http://geogarang1.blogspot.com Puncak Usaha Geografi Pmr 2011
Penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, yang mewajibkan isi rumah di negara ini untuk mengasingkan sampah sebelum ia dikutip pihak berkuasa tempatan menjelang 2013...........................dah 21.Sept ( bermula 1 sept ). Setakad ini tahukah kita - seharusnya kita sudah memulakan proses latihan pengasingan sampah kita. Kita selalu bercakap tentang pelestarian alam, alam sekitar bersih, kitar semula. maka inilah masanya kita mempraktikkan apa yg telah kita belajar dalam kehidupan seharian.

Khamis, 15 September 2011

Cikgu sudah menyiapkan nota sisipan bagi memudahkan pelajar ulangkaji. Ia termasuklah analisis utk menjimatkan masa pelajar..yang berminat boleh hubungi cikgu. Notanya ada 16 muka surat sahaja. Yang dah dpt jgn kedekut tlg sebarkan ilmu ini bagi merealisasikan A untuk Geografi PMR 2011. Jangan berlengah, yang blm dapat cuba cari nota ini...

Isnin, 12 September 2011

Pada hari cikgu tambahkan pulak soalan Percubaan Geografi MRSM 2011 ( siapa nak jawapan bg no emel, cikgu emelkan ). Kepada anak murid di TIWA minggu ini kita ada Kepung PMR 2011.
Diminta semua pelajar bersedia..selamat menjawab

Ahad, 11 September 2011

Latihan lagi..

Cikgu dah tambahkan soalan percubaan Negeri Pahang dan jawapan..selamat menjawab ( sila klik untuk mendapat soalan dan jawapan

Sabtu, 3 September 2011

Salam kemerdekaan Buat Semua


Salam kemerdekaan semua, belum terlewat cikgu nak mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara. Almaklumlah cuti hari raya, blog pun tak sempat nak jenguk.Hargai dan jagailah kemerdekaan ini kerana bukan senang nak dapat. Cara yang terbaik kibarlah jalur gemilang dan sedekahkan fatihah kepada tokoh-tokoh yang terkorban dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mohon ribuan kemaafan jika blog ini tidak bersesuaian dengan jiwa anda. Mohon maaf juga buat semua pelajar yang mengenali cikgu terutamanya pelajar di kawasan Batu Gajah. Ingat walaupun dalam mood hari raya ingat peperiksaan sudah semakin tiba.

Soalan Percubaan Geografi 2011

Percubaan Geografi dari negeri-negeri

1. Geografi Negeri Sabah 2011
2. Geografi Negeri Melaka 2011
3. Geografi Negeri Terengganu 2011
4. Geografi SBP 2011
5. Geografi Negeri Sarawak 2011
6. Geografi Negeri Kedah 2011
7. Geografi negeri Johor
8. Geografi Wilayah Persekutuan KL
9. Geografi
pahang 2011 dan jawapan
10. Geografi Percubaan Perak 2011
11. Percubaan Geografi MRSM 2011
Selamat menjawab, semoga ia membantu para pelajar mendapat A dalam Geografi seperti yang dicita-citakan..

Rabu, 17 Ogos 2011

Pelajar-pelajar cikgu akan masukkan secara berperingkat soalan percubaan dari negeri lain. sekiranya pelajar nak soalan cepat sila letakkan emel pd inbox dan cikgu akan hantar.Bagi pelajar2 RK dalam minggu ini kita akan jawab soalan Terengganu dan Johor 2010..

Isnin, 15 Ogos 2011

Posting terbaru

Para pelajar boleh melihat nota T1 dalam bentuk Powerpoint yang mudah untuk topik-topik utama Tingkatan 1.
a. bab 1 - 7
b. Bab 8 - 10
c. Bab 11 - 16
d. Soalan subjektif tingkatan 1 ( disertakan jawapan )
Ingat PMR tidak lama lagi, latihan Intensif yang berterusan diharapkan dapat membuahkan kejayaan dalam PMR sebenar nanti

Latihan lagi

Praktis Tajuk-Tajuk tingkatan 1, Cikgu harap pelajar sudah ulangkaji semua tema tingkatan 1 sebab soalan Tingkatan 1 antara yang paling banyak disoal dalam PMR, ( Bank Soalan_geografi 1">Klik sini )untuk latihan dari bank soalan

Ahad, 14 Ogos 2011


 

Fakta Geografi

1. Greenwich dikenali kerana Garisan Meridian Pangkal (GMP) dilukis melaluinya. Greenwich merupakan tapak asal 'Greenwich Royal Observatoty'.

2. Antipodes bererti kawasan yang bertentangan letaknya pada muka bumi. Contoh : Malaysia dan Ecuador adalah berantipodes.

3. Berikut adalah daftar puncak gunung tertinggi di dunia:

  1. Gunung Everest, pegunungan Himalaya, Nepal/Tibet, 29,035 ft / 8,850 m.
  2. K2
    (Godwin Austen), pegunungan Karakoram, Pakistan/China, 28,250 ft / 8,611 m.
  3. Kangchenjunga, pegunungan Himalaya, India/Nepal, 28,169 ft / 8,586 m.
  4. Lhotse, pegunungan Himalaya, Nepal/Tibet, 27,940 ft / 8,516 m.
  5. Makalu I, pegunungan Himalaya, Nepal/Tibet, 27,766 ft / 8,463 m.
  6. Cho Oyu, pegunungan Himalaya, Nepal/Tibet, 26,864 ft / 8,188 m.
  7. Dhaulagiri, pegunungan Himalaya, Nepal, 26,795 ft / 8,167 m.
  8. Manaslu I, pegunungan Himalaya, Nepal, 26,781 ft / 8,163 m.
  9. Nanga Parbat, pegunungan Himalaya, Pakistan, 26,660 ft / 8,125 m.
  10. Annapurna, pegunungan Himalaya, Nepal, 26,545 ft / 8,091 m.
  11. Gasherbrum I, pegunungan Karakoram, Pakistan/China, 26,470 ft / 8,068 m.
  12. Puncak Broad, pegunungan Karakoram, Pakistan/China, 26,400 ft / 8,047 m.
  13. Gasherbrum II, pegunungan Karakoram, Pakistan/China, 26,360 ft / 8,035 m.
  14. Shishapangma (Gosainthan), pegunungan Himalaya, Tibet, 26,289 ft / 8,013 m.
  15. Annapurna II, pegunungan Himalaya, Nepal, 26,041 ft / 7,937 m.
  16. Gyachung Kang, pegunungan Himalaya, Nepal, 25,910 ft / 7,897 m.
  17. Distaghil Sar, pegunungan Karakoram, Pakistan, 25,858 ft / 7,882 m.
  18. Himalchuli, pegunungan Himalaya, Nepal, 25,801 ft / 7,864 m.
  19. Nuptse, pegunungan Himalaya, Nepal, 25,726 ft / 7,841 m.
  20. Nanda Devi, pegunungan Himalaya, India, 25,663 ft / 7,824 m.
  21. Masherbrum, pegunungan Karakoram, Kashmir, 25,660 ft / 7,821 m.
  22. Rakaposhi, pegunungan Karakoram, Pakistan, 25,551 ft / 7,788 m.
  23. Kanjut Sar, pegunungan Karakoram, Pakistan, 25,461 ft / 7,761 m.
  24. Kamet, pegunungan Himalaya, India/Tibet, 25,446 ft / 7,756 m.
  25. Namcha Barwa, pegunungan Himalaya, Tibet, 25,445 ft / 7,756 m.
  26. Gurla Mandhata, pegunungan Himalaya, Tibet, 25,355 ft / 7,728 m.
  27. Ulugh Muztagh, Kunlun, Tibet, 22,877 ft / 6,973 m.
  28. Kungur, Muztagh Ata, China, 25,325 ft / 7,719 m.
  29. Tirich Mir, Hindu Kush, Pakistan, 25,230 ft / 7,690 m.
  30. Saser Kangri, pegunungan Karakoram, India, 25,172 ft / 7,672 m.
  31. Makalu II, pegunungan Himalaya, Nepal, 25,120 ft / 7,657 m.
  32. Minya Konka (Gongga Shan), pegunungan Daxue, China, 24,900 ft / 7,590 m.
  33. Kula Kangri, pegunungan Himalaya, Bhutan, 24,783 ft / 7,554 m.
  34. Chang-tzu, pegunungan Himalaya, Tibet, 24,780 ft / 7,553 m.
  35. Muztagh Ata, pegununganMuztagh Ata, China, 24,757 ft / 7,546 m.
  36. Skyang Kangri, pegunungan Himalaya, Kashmir, 24,750 ft / 7,544 m.
  37. Puncak Ismail Samani (dulu Puncak Stalin dan Puncak Komunis), pegunungan Pamir
    Tajikistan, 24,590 ft / 7,495 m.
  38. Puncak Jongsong, pegunungan Himalaya, Nepal, 24,472 ft / 7,459 m.
  39. Puncak Pobeda, Tien Shan, Kyrgyzstan, 24,406 ft/ 7,439 m.
  40. Sia Kangri, pegunungan Himalaya, Kashmir, 24,350 ft / 7,422 m.
  41. Puncak Haramosh, pegunungan Karakoram, Pakistan, 24,270 ft / 7,397 m.
  42. Istoro Nal, pegunungan Hindu Kush, Pakistan, 24,240 ft / 7,388 m.
  43. Puncak Tent, pegunungan Himalaya, Nepal, 24,165 ft / 7,365 m.
  44. Chomo Lhari, pegunungan Himalaya, Tibet/Bhutan, 24,040 ft / 7,327 m.
  45. Chamlang, pegunungan Himalaya, Nepal, 24,012 ft / 7,319 m.
  46. Kabru, pegunungan Himalaya, Nepal, 24,002 ft / 7,316 m.
  47. Alung Gangri, pegunungan Himalaya, Tibet, 24,000 ft / 7,315 m.
  48. Baltoro Kangri, pegunungan Himalaya, Kashmir, 23,990 ft / 7,312 m.
  49. Muztagh Ata (K-5), pegununganKunlun, China, 23,890 ft / 7,282 m.
  50. Mana, pegunungan Himalaya, India, 23,860 ft / 7,273 m.
  51. Baruntse, pegunungan Himalaya, Nepal, 23,688 ft / 7,220 m.
  52. Puncak Nepal, pegunungan Himalaya, Nepal, 23,500 ft / 7,163 m.
  53. Amne Machin, pegununganKunlun, China, 23,490 ft / 7,160 m.
  54. Gauri Sankar, pegunungan Himalaya, Nepal/Tibet, 23,440 ft / 7,145 m.
  55. Badrinath, pegunungan Himalaya, India, 23,420 ft / 7,138 m.
  56. Nunkun, pegunungan Himalaya, Kashmir, 23,410 ft / 7,135 m.
  57. Puncak Lenin, pegunungan Pamir, Tajikistan/Kyrgyzstan, 23,405 ft / 7,134 m.
  58. Pyramid, pegunungan Himalaya, Nepal, 23,400 ft / 7,132 m.
  59. Api, pegunungan Himalaya, Nepal, 23,399 ft / 7,132 m.
  60. Pauhunri, pegunungan Himalaya, India/China, 23,385 ft / 7,128 m.
  61. Trisul, pegunungan Himalaya, India, 23,360 ft / 7,120 m.
  62. Puncak Korzhenevski, pegunungan Pamir, Tajikistan, 23,310 ft / 7,105 m.
  63. Kangto, pegunungan Himalaya, Tibet, 23,260 ft / 7,090 m.
  64. Nyainqentanglha, Nyainqentanglha Shan, China, 23,255 ft / 7,088 m.
  65. Trisuli, pegunungan Himalaya, India, 23,210 ft / 7,074 m.
  66. Dunagiri, pegunungan Himalaya, India, 23,184 ft / 7,066 m.
  67. Puncak Revolution, pegunungan Pamir, Tajikistan, 22,880 ft / 6,974 m.
  68. Aconcagua, pegunungan Andes, Argentina, 22,834 ft / 6,960 m.
  69. Ojos del Salado, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 22,664 ft / 6,908 m.
  70. Bonete, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 22,546 ft / 6,872 m.
  71. Ama Dablam, pegunungan Himalaya, Nepal, 22,494 ft / 6,856 m.
  72. Tupungato, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 22,310 ft / 6,800 m.
  73. Puncak Moscow, pegunungan Pamir, Tajikistan, 22,260 ft / 6,785 m.
  74. Pissis, pegunungan Andes, Argentina, 22,241 ft / 6,779 m.
  75. Mercedario, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 22,211 ft / 6,770 m.
  76. Huascarán, pegunungan Andes, Peru, 22,205 ft / 6,768 m.
  77. Llullaillaco, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 22,057 ft / 6,723 m.
  78. El Libertador, pegunungan Andes, Argentina, 22,047 ft / 6,720 m.
  79. Cachi, pegunungan Andes, Argentina, 22,047 ft / 6,720 m.
  80. Kailas, pegunungan Himalaya, Tibet, 22,027 ft / 6,714 m.
  81. Incahuasi, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 21,720 ft / 6,620 m.
  82. Yerupaja, pegunungan Andes, Peru, 21,709 ft / 6,617 m.
  83. Kurumda, pegunungan Pamir, Tajikistan, 21,686 ft / 6,610 m.
  84. Galan, pegunungan Andes, Argentina, 21,654 ft / 6,600 m.
  85. El Muerto, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 21,463 ft / 6,542 m.
  86. Sajama, pegunungan Andes, Bolivia, 21,391 ft / 6,520 m.
  87. Nacimiento, pegunungan Andes, Argentina, 21,302 ft / 6,493 m.
  88. Illampu, pegunungan Andes, Bolivia, 21,276 ft / 6,485 m.
  89. Illimani, pegunungan Andes, Bolivia, 21,201 ft / 6,462 m.
  90. Coropuna, pegunungan Andes, Peru, 21,083 ft / 6,426 m.
  91. Laudo, pegunungan Andes, Argentina, 20,997 ft / 6,400 m.
  92. Ancohuma, pegunungan Andes, Bolivia, 20,958 ft / 6,388 m.
  93. Cuzco, pegunungan Andes, Peru, 20,945 ft / 6,384 m.
  94. Ausangate (Toro), pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,932 ft / 6,380 m.
  95. Tres Cruces, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,853 ft / 6,356 m.
  96. Huandoy, pegunungan Andes, Peru, 20,852 ft / 6,356 m.
  97. Parinacota, pegunungan Andes, Bolivia/Chili, 20,768 ft / 6,330 m.
  98. Tortolas, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,745 ft / 6,323 m.
  99. Chimborazo, pegunungan Andes, Ecuador, 20,702 ft / 6,310 m.
  100. Ampato, pegunungan Andes, Peru, 20,702 ft 6,310 m.
  101. El Condor, pegunungan Andes, Argentina, 20,669 ft / 6,300 m.
  102. Salcantay, pegunungan Andes, Peru, 20,574 ft / 6,271 m.
  103. Huancarhuas, pegunungan Andes, Peru, 20,531 ft / 6,258 m.
  104. Famatina, pegunungan Andes, Argentina, 20,505 ft / 6,250 m.
  105. Pumasillo, pegunungan Andes, Peru, 20,492 ft / 6,246 m.
  106. Solo, pegunungan Andes, Argentina, 20,492 ft / 6,246 m.
  107. Polleras, pegunungan Andes, Argentina, 20,456 ft / 6,235 m.
  108. Pular, pegunungan Andes, Chili, 20,423 ft / 6,225 m.
  109. Chañi, pegunungan Andes, Argentina, 20,341 ft / 6,200 m.
  110. McKinley (Denali), pegununganAlaska, Alaska, 20,341 ft / 6,200 m.
  111. Aucanquilcha, pegunungan Andes, Chili, 20,295 ft / 6,186 m.
  112. Juncal, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,276 ft / 6,180 m.
  113. Negro, pegunungan Andes, Argentina, 20,184 ft / 6,152 m.
  114. Quela, pegunungan Andes, Argentina, 20,128 ft / 6,135 m.
  115. Condoriri, pegunungan Andes, Bolivia, 20,095 ft / 6,125 m.
  116. Palermo, pegunungan Andes, Argentina, 20,079 ft / 6,120 m.
  117. Solimana, pegunungan Andes, Peru, 20,068 ft / 6,117 m.
  118. San Juan, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,049 ft / 6,111 m.
  119. Sierra Nevada, pegunungan Andes, Argentina, 20,023 ft / 6,103 m.
  120. Antofalla, pegunungan Andes, Argentina, 20,013 ft / 6,100 m.
  121. Marmolejo, pegunungan Andes, Argentina/Chili, 20,013 ft / 6,100 m.

Khamis, 11 Ogos 2011

latihan Soalan Percubaan 2011

Maaf ini bukan soalan Geografi, tapi cikgu letakkan juga sebagai latihan menjelang PMR tak lama lagi.
a. 2011 PPMR Kedah BM 12 w Ans">Bahasa melayu Negeri Kedah

Selasa, 9 Ogos 2011

Isnin, 8 Ogos 2011

Buat pelajar-pelajar 3RK

Boleh ambil jawapan gerak gempur 3 set utusan di sini..( klik jawapan )
Telah selesai percubaan geografi, habis satu cubaan bagi pelajar. Lapang dada bg yang dpt jawab. Bagi yang tak dapat jawab, apa alasan yang nak diberi. Apepun tahniah yg dapat menjawab, yang masih ragu-ragu usaha lagi. Jawapan cikgu upload kemudian...Tahniah bagi yang berjaya

Isnin, 1 Ogos 2011

Soalan Pra Percubaan Geografi PMR 2011 Perak

2 Set latihan Pra Percubaan PMR..sekolah hanya buat satu, jd cikgu masukkan satu lagi, pelajar2 sila dowload dan buat latihan
1. Set Pra Ujian 1
2. Set Pra Ujian 2
SELAMAT MENJAWAB, SEMOGA BERJAYA...

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat menyambut Bulan Ramadhan


Selamat menyambur Bulan Ramadhan Al-Mubarak. walaupun puasa, cikgu harapkan anak2 murid cikgu tidak melupakan 2 agenda penting thn ini iaitu Peperiksaan PMR 2011 ( Oktober ) dan Peperiksaan Percubaan PMR bermula 03.08.2011. Jangan jadikan bulan Puasa sebagai masalah untuk belajar sebaliknya jadikan ia sebagai penambah semangat untuk berusaha gigih lagi.

Artik tiada ais menjelang 2030

Berita harian ( Ahad )


KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.

Cuaca semakin panas di Kutub Utara


COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

    Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

"Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

"Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan," kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan 'keadaan yang membimbangkan' bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

"Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan," katanya. – Agensi