Pihak WWF hari ini mengumumkan bahawa sambutan Earth Hour di Malaysia pada tahun depan akan berpanjangan selama dua jam, bukan dua jam seperti tahun sebelumnya. Ini adalah berbeza dari sambutan biasa selama sejam yang dilakukan di negara luar. Ahli Jawatankuasa penganjuran Earth Hour 2012 , Dato Aman Firdaus mengatakan pihak WWF Malaysia mengambil langkah ini kerana merasakan Malaysia terlebih kuota "telapak kaki karbon" (carbon footprint) mereka pada tahun ini. Dato Aman memberitahu wartawan Metroll
"Pihak kami merasakan bagi mengimbangi penggunaan karbon monoksida berlebihan Malaysia pada tahun ini, Earth Hour tahun depan haruslah dipanjangkan ke dua jam. Kami dapati akibat kesesakan melampau akibat roadblock di jalan raya utama KL, pengguna kereta secara purata membakar purata 300 kali ganda lebih banyak minyak dari biasa. Ini membawa kerosakan yang teruk kepada alam sekitar. Disamping itu Loji Lynas yang bakal dibina di GEBENG juga menyebabkan POLLUTION QUOTA negara kita melonjak. Dengan Earth 2 Hour 2012 nanti diharapkan kita mampu reverse tha damage"
Bahye jugakk men EARTH HOUR nihh, byangkan SATU MALAYSIA gelap! penjajah boleh dtg dengan senang, menjajah negara kita HAHA :D p/s: Cg Geo aku lh yang kata ..
BalasPadam