Isnin, 26 Mei 2014

Bentuk Pengujian PT3..

Apa yang dimaksud pengujian pelbagai instrumen ( senang cerite pelbagai jenis @ bentuk ). Sebenarnya pada pandangan cikgu ia lebih mudah sebab pelbagai bentuk dan contoh yang ada ( tapi satu sahaja yang keluar dalam PT3 ). Lihat Jenis2 Pengujian......

1. Tugasan Bertulis 

Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan , menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam bentuk tulisan

2. Projek

Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak yang dihasilkan 

3. Kajian Lapangan

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan

4.  Kajian Kes

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh dan membuat laporan

Kesemua Hasilan ini perlu disiapkan dalam dalam 6 waktu pembelajaran ( dalam kelas 2 minggu )

Bagi memahami lebih lanjut, boleh dapatkan maklumat PT3 dilaman web Lembaga peperiksaan malaysia..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan