Rabu, 2 November 2011

KELAB GREENBOC: Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar

KELAB GREENBOC: Terengganu Dilanda Ribut, Ombak Besar: K uala Terengganu: Permulaan musim tengkujuh dan jangkaan banjir besar di Pantai Timur semakin terasa dengan hujan berterusan dan ribut meny...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Alhamdulillah, Geografi PMR 2011 dah selesai hari Rabu hr tu. Apa yang cikgu gembira kebanyakkan pelajar T3 yang cikgu jumpa kata senang, ok dan boleh 'A' cikgu. Hari ni bertemu dgn pelajar yang cikgu ajar...diorang ni siap semak lg..berani betul.
Sasaran kita kebanyakkan keluar dan pelajar gembira. Harap2 keputusan PMR nanti skor A dalam tangan. Banyakkan berdoa dan insyaallah, berjaya.

Isnin, 3 Oktober 2011

SELAMAT MENGHADAPI PMR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Buat yang terbaik, untuk usaha yang sekian lama. Setiap usaha tanpa henti pasti akan mendapat balasan sewajarnya..Selamat berjaya anak2 muridku.

Jumaat, 30 September 2011

Analisa soalan Percubaan PMR 2011

Di sini cikgu serta analisa geografi percubaan PMR 2011 dari beberapa negeri 2011. Ia bertujuan untuk kita melihat tajuk2 tumpuan utama PMR dan boleh kita gunakan utk latihan fasa
terakhir menjelang PMR pada minggu depan
1. Analisis percubaan PMR Tingkatan 1 2001
2. Analisis Percubaan PMR Tingkatan 2 2011 ( Klik untuk melihat ).
Cikgu berharap ia dapat membantu pelajar melihat tajuk2 tumpuan utama. Selamat membaca dan menjawab soalan latihan, ( yang ringan2 sahaja )..

Selasa, 27 September 2011

Nota sisipan geografi 2011

sila dowload nota sasaran a geografi yang ada 2 set.. set 1 dan set 2

semoga ia dapat membantu mencapai sasaran A..

Khamis, 22 September 2011

Soalan latihan online

Pelajar-pelajar boleh menjawab soalan latihan PMR dan soalan tahun lepas secara di laman web http://learningcontent.dyndns-free.com
Terdapat soalan sejarah, geografi, bahasa melayu Inggeris dan Matematik..