Ahad, 31 Julai 2011

Selamat menyambut Bulan Ramadhan


Selamat menyambur Bulan Ramadhan Al-Mubarak. walaupun puasa, cikgu harapkan anak2 murid cikgu tidak melupakan 2 agenda penting thn ini iaitu Peperiksaan PMR 2011 ( Oktober ) dan Peperiksaan Percubaan PMR bermula 03.08.2011. Jangan jadikan bulan Puasa sebagai masalah untuk belajar sebaliknya jadikan ia sebagai penambah semangat untuk berusaha gigih lagi.

Artik tiada ais menjelang 2030

Berita harian ( Ahad )


KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.

Cuaca semakin panas di Kutub Utara


COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

    Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

"Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

"Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan," kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan 'keadaan yang membimbangkan' bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

"Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan," katanya. – Agensi


 

Selasa, 26 Julai 2011

Tips Belajar Geografi

TIPS BELAJAR GEOGRAFI


 

Anda berminat belajar Geografi? 
Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?

Sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.

2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.

3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.

4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.

5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.

6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.

7. Banyakkan buat latih tubi. Di galakan menggunakan buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.

8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.

9. Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.

10. Akhir sekali jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.

My kad..

Salam 1Malaysia. TKasih krna meluangkan masa utk mbaca mesej ini... Disini sy ada BERITA BAIK UTK PEMEGANG MYKAD (IC)... Adakah anda tahu bgaimana mjana pdapatan dgn mudah, hanya dgn mggunakan MYKAD? Sedar ataupun tidak terdapat lebih 50 aplikasi di dalam Mykad. Selain pengenalan diri Mykad berfungsi sbgi mperbaharui lesen memandu, Touch n Go, KWSP dsb. Shubungan dgn itu, pada Nov 2010 satu lagi aplikasi telah dibangunkan oleh I-Synergy Universal Sdn Bhd iaitu MyKad Smart Shopper Programme melalui Affiliate Junction. Melalui program ini, I-Synergy memerlukan ramai orang yg bkelayakan utk dilantik sebagai Affiliate bagi merealisasikan projek ini. Salah satu tugas Affiliate adalah mengaktifkan mykad pengguna. Sbgai Affiliate byak kelebihan & keistimewaan diperolehi. Ianya juga mnjana pendptan bterusan. Proj ini mdapat sokongan penuh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Multimedia Developement Corporation (MDeC) dan Multimedia Super Coridor (MSC). Terbuka kpd semua kaum. Nak tau lebih lanjut SMS sy ke 012-3198662

Isnin, 25 Julai 2011


 

Pengaruh Manusia terhadap Cuaca Dan Iklim

  1. Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan.
  2. Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian.
  3. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan.
  4. Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.

PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU


  1. Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangkan suhu di atmosfera.
  2. Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.
  3. Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.
  4. Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.
  5. Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.
  6. Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi.
  7. Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.
  8. Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.
  9. Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.
  10. Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.
  11. Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.
  12. Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.
  13. Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.
  14. Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.
  15. Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.
  16. Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.
  17. Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.
  18. Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.
  19. Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.
  20. Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.

PULAU HABA


  1. Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.
  2. Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.
  3. Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba.
  4. Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.
  5. Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi.
  6. Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat.
  7. Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.
  8. Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.
  9. Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C.

JEREBU


  1. Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
  2. Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
  3. Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat.
  4. Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.
  5. Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.
  6. Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan.
  7. Pada tahun 1990, 1994, dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang teruk.
  8. Keadaan berjerebu ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.
  9. Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung atau terampai di atmosfera.
  10. Jerebu biasanya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam temph yang lama dan tiada angin bertiup.
  11. Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma.
  12. Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas.
  13. Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas.
  14. Kandungan asid dalam hujan juga bertambah.
  15. Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan.

PENIPISAN LAPISAN OZON

  1. Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
  2. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi.
  3. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi.
  4. Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
  5. Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa sebab :
  • Penggunaan baja kimia berterusan menambahkan kandungan gas metana.
  • CFC dilepaskan melalui bahan semburan aerosol (dalam penyembur racun serangga) dan gas penyejuk (dalam peti sejuk dan alat pendingin udara).
  • Kapal terbang sepersonik yang membebaskan nitrogen oksida.
  • Letupan bom nuklear dan ujian senjata nuklear yang mengeluarkan gas hidrogen dan nitrogen oksida.

6. Ahli sains telah mengesan satu lohong ozon di kawasan Antartika.

7. Keadaan ini membawa kesan-kesan seperti :


  • sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi bertambah.
  • menyebabkan penyakit barah (kanser) kulit, sakit mata, katarak mata, dan melemahkan sistem pelalian badan.
  • mengurangkan proses fotosintesis.
  • memusnahkan sel and mikroorganisma dalam binatang dan tumbuhan ,
  • hasil tanaman berkurangan.
  • berlaku perubahan iklim dunia; suhu meningkat, ais dari glasier mencari, banjir berlaku, kawasan rendah ditenggelami air.

HUJAN ASID

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Jumaat, 22 Julai 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR / Selaras 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARAS PMR

PERINGKAT NEGERI PERAK 2011


 

HARI/TARIKH 

SUBJEK 

WAKTU 

MASA 

Rabu

3.8.2011 

Bahasa Melayu 1 

08.00 – 09.00 

1 jam 

Bahasa Melayu 2 

10.00 – 12.00 

2 jam  

Khamis

4.8.2011 

Bahasa Inggeris 1 

08.00 – 09.00 

1 jam 

Bahasa Inggeris 2

09.30 – 11.00 

1 jam 30 minit 

Science 1 

11.30 – 12.30 

1 jam 

Jumaat

5.8.2011 

Science 2 

08.00 – 09.30 

1 jam 30 minit 

B.Cina 2/B.Tamil 2/

Pendidikan Islam 

10.15 – 12.15

2 jam 

Isnin

8.8.2011 

Mathematics 2 

08.00 – 09.45 

1 jam 45 minit 

Mathematics 1

10.15 – 11.30 

1 jam 15 minit 

Geografi 

12.00 – 01.15 

1 jam 15 minit 

Selasa

9.8.2011 

Sejarah 

08.00 – 09.15 

1 jam 15 minit 

Kem.Hidup Bersepadu 

09.45 – 11.15

1 jam 30 minit 

B.Cina 1/B.Tamil 1

Bahasa Arab

11.30 – 12.30

11.30 – 02.00

1 jam

2 jam 30 minit

Khamis, 21 Julai 2011

Jawapan Latihan Program Analisis Geografi Daerah Kinta Selatan..selamat menjawab

Alam Sekitar di Akhbar

Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah
Oleh Fredolin Tangang

Kejahilan cetus impak negatif kepada kemanusiaan

PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula. Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat. Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.

Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.

Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.

Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim.
Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.

Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.

Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.

Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta.

Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah.

Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar.

Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini.

Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.

Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai ‘geo-engineering’ berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi.

Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan.

Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara.

Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.

Penulis ialah Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1 IPCC dan Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, UKM

Rabu, 20 Julai 2011

Memastikan Kelestarian Alam Sejagat

Peranan manusia terhadap alam sekitar sangat penting, diharapkan para pelajar boleh membaca : Peranan Manusia dan Alam Sekitar karya Zaini Ujang dari Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia.

Latihan Ulangkaji 3

Pada hari ini, pelajar2 boleh mengulangkaji 4 topik utama Geografi Tingkatan 1 dari 3 tema yang berbeza...Ingat tingkatan 1 penting kerana merupakan majoriti soalan dalam PMR :
1. bentuk Muka Bumi
2. Cuaca dan iklim
3. Tumbuhan semulajadi dan Hidupan Liar
4. Tumbuhan semulajadi Bab 13

Selamat menjawb...

Isnin, 18 Julai 2011

Beberapa Fakta Tentang Kitar Semula

AIR
1. Penggunaan air terbanyak di rumah adalah di dalam bilik air atau bilik mandi. Menurut kajian (California Energy Commission 2006) sebanyak 75% dari penggunaan di rumah

2. Mengepam air selepas menggunakan tandas menggunakan kira kira 5 liter air setiap kali digunakan. Statistik ini adalah untuk tandas yang dilengkapi sistem pam air yang lebih efisyen.

3. Memberus gigi di waktu pagi tanpa membiarkan tap air terbuka boleh menjimatkan sehingga 30 liter air sehari, menurut kajian (EPA 2008)

4. Mandi di dalam besen mandi menggunakan hampir 300 liter air setiap kali digunakan, berbanding dengan mandi shower hanya 40-100 liter.

5. Membasuh menggunakan mesin pembasuh pakaian jenis baru yang efisyen menggunakan hampir 100 liter air sehari


TENAGA LETRIK
1. Penggunaan tenaga dunia dijangka bertambah 2 kali ganda antara tahun 200 hingga 2030. Penambahan terbesar adalah dari negara membangun dan kadar penambahan paling cepat adalah dari rumah-rumah kediaman, menurut kajian (Worldwatch Institute, 2007)

2. Penghasilan tenaga letrik di Amerika (yang menggunakan arang batu) adalah penyumbang kepada 40% penghasilan karbon yang dikaitkan dengan pemanasan global (Worldwatch Institute, 2007)

3. Oven gelombang mikro (microwave) menjimatkan penggunaan tenaga letrik sebanyak 50% berbanding oven letrik biasa

4. Membiarkan peralatan letrik terpasang (sekadar untuk melihat jam) seperti TV, pemain DVD dan VCD, menggunakan hampir 5% dari penggunaan tenaga di rumah (Alliance to Save Energy, 2005)


KERTAS
1. Penggunaan kertas dan kayu (di Amerika) oleh setiap rakyat setiap tahun bersamaan dengan sebatang pokok Douglas fir setinggi 100-kaki (EPA 2008)

2. Mengitar semula satu tan kertas dapat menyelamatkan 17 batang pokok dewasa dan 26,000 liter air (EPA 2008)

3. Mengitar semula kertas berbanding dengan menghasilkan kertas baru dapat mengurangkan pencemaran air sebanyak 74%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dan mengurangkan sebanyak 40% penggunaaan tenaga letrik (EPA 2008)

4. Hanya 48% daripada penggunaan kertas di pejabat (di Amerika) dikitar semula, yang dijadikan bahan mentah untuk paperboard, tisu dan kertas Keep America Beautiful, 2006)

5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)


LOGAM
1. Mengitar-semula bahan aluminium (seperti tin) dapat menjimatkan 95% tenaga untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20 tin aluminium dapat dikitarsemula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006)

2. Mengitar-semula satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga sebanyak yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam, menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam (EPA, 2008)

3. Tin aluminium yang dibuang oleh rakyat amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika


KACA
1. Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.


STYROFOM / POLISTERIN
1. Ia tidak boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang baru

2. Setiap tahun rakyat Amerika membuang 25,000 juta cawan styrofom, cukup untuk mengelilingi bumi sebanyak 436 kali.


KELULI
1. Sekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.
Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula



Sumber maklumat: oberlin.edu
Statistik kajian adalah daripada California Energy Commission 2006, Worldwatch Institute 2007, Alliance to Save Energy 2005 Keep America Beautiful, 2006 dan U.S Environmental Protection Agency (EPA) 2008