Khamis, 7 Jun 2012

Gerhana Bulan Separa & Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari

Sebelum ini rakyat Malaysia dan penduduk di kebanyakan negara telah pun menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011 lepas. Pada minggu ini pula kita sekali lagi bakal dapat menyaksikan kejadian ‘Gerhana Bulan Separa’ (Partial Lunar Eclipse). Gerhana Bulan Separa seterusnya hanya akan berlaku semula pada April 2013.
.
Malahan sebagai bonus dari Allah SWT, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada Isnin, 4 Jun 2012 dan berpeluang untuk mencerap planet Marikh dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu, 6 Jun 2012.
.
Subhanallah!!! begitu agungnya ciptaan Allah SWT, sebagaimana Firman-Nya :
16:12
“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.”
(Surah An-Naĥl, ayat 12)
.
.

Fasa-Fasa Gerhana Bulan Separa

Pada 4 Jun 2012, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa apabila Bulan mulai terbit sehingga 9:18 p.m. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah di bawah:-
.
.
Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 pm (petang) waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.
Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada jam 6:00 pm dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:04 pm. Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:18 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 pm (malam) tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
.
.

Jadual : Data Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012

(sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH2012.html)

Fasa Keterangan Masa


P1 Bulan mula memasuki “Penumbra” 04:48 p.m.
U1 Bulan mula mengalami fasa gerhana separa 06:00 p.m.
Maksimum Bulan berada separa dalam “Umbra” 07:04 p.m.
U4 Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra” 08:07 p.m.
P4 Bulan keluar dari “Penumbra” 09:18 p.m.
.
Catatan:
Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
.
.

.
Fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.48 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.04 malam. Gerhana dijangka berakhir pada 9.18 malam. Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara terutama ketika waktu Maghrib.
Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam keadaan cerah selepas Matahari terbenam, lihat ke arah Tenggara di mana Bulan berada. Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar. Justeru, umat Islam disunat menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Sunat Khusuf) dan paling afdalnya adalah secara berjemaah disertai dengan Khutbah Gerhana Bulan.
.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan.” (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
.


Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada hari Rabu ini bersamaan 6 Jun 2012, planet Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku dan transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang.
Fenomena ini boleh dilihat menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria. Planet Zuhrah akan kelihatan sebagai satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari.
.
Fenomena Gerhana dan Lintasan Planet Zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
13:2
“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).”
(Surah Ar-Rad, ayat 2)
.

Sumber:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Persatuan Falak Syari Malaysia
BERNAMA

Sumber :http://shafiqolbu.wordpress.com ( boleh baca penuh disini )
.

Jumaat, 1 Jun 2012

Zuhrah lintasi matahari 6 Jun

Zuhrah lintasi matahari 6 Jun
    Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.

     Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.

“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.

“Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari,” katanya, di sini, semalam.

Baharrudin berkata, berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’.“Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata, di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.

“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.

Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.

Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama.

Khamis, 31 Mei 2012

Assalamualaikum..lame juga tidak membuka blog ini..sibuk sikit dengan aktiviti sukan sofbol, bola baling dan silat msspk perak 2012.. Alhamdulillah semua telah selesai.
    Apa yang nak kongsikan di sini ialah program yang cikgu buat bersama dengan anak2 murid dan para pelajar sekitar bt gajah dalam program pembelajaran berkesan geografi PMR..Tanpa kita sedar percubaan  telah hampir tiba ( kira2 40 hari lg setelak ditolak cuti ..dah bersedia ke )..ulangkaji belum bermula lagi ( kebanyakkan pelajar sibuk dengan folio..lps cuti sukan pulak ). Jadi kita mula dulu mana yang patut..sebab semua pelajar nak A tetapi usaha mcm B,C dan D..
muka depan

Apa yang dikongsikan dengan para pelajar ialah tentang analisis soalan Pmr thn lepas / kekerapan dan tajuk utama yang para pelajar perlu beri tumpuan. Analisis ini membantu pelajar melihat tajuk penting ( 3 bab ting 1, 3 bab ting 2 dan 4 bab tingkatan 3.. )
analisa geog 05-11

  Rata2 pelajar dapat memahami dan menanda tajuk utama. cikgu kongsikan juga tajuk2 utama sebagai bekalan pelajar untuk digunakan masa cuti ini utk ulangkaji..lepas ini kita akan mula ulangkaji topik2 utama ini. Jawab semua soalan yang cikgu bagi.
Tajuk Utama Yang Perlu Di ti Dan Di Kuasai Oleh Pelajar
   Apa yang harapkan para pelajar dapat bersedia dengan percubaan dan PMR yang tak lama lagi...Diharapkan apa cikgu buat ini dapat membantu para pelajar utk cemerlang. A.  Selepas ini kita mula jawab soalan percubaan Perak thn lepas ( dapat buku percuma dari cikgu.... )

Selasa, 24 April 2012

Hari Guru Peringkat kebangsaan 2012 di Kuala Kangsar..warga guru dan para pelajar jom ke sana..

Jumaat, 20 April 2012

Latihan Menjelang peperiksaan 2012

Peperiksaan tak lama lagi..Cikgu letakkan latihan ini untuk dijadikan latihan, moga2 dengan latihan ini anak2 akan berjaya mendapat 'A' untuk Geografi

Isnin, 16 April 2012

Contoh 1 : Ujian geografi F3..sebagai latihan

Latihan 1: jawapan kita bincang dalam kelas nanti...
Ujian Geog Pthn t31new

Latihan 1 menjelang Ujian Pert Tahun 2012

Peperiksaan dah dekat , buat para pelajar F3 Bab 7 dah habis, soalan ujian kita dari F1, F2 dan sehingga bab 7 tingkatan. Jadi ape lagi bersedia, cikgu akan masukkan beberapa latihan dan soalan ujian sebagai latihan..selamat menjawab
TEMA7

Rabu, 11 April 2012

Tsunami mungkin berulang ?

     Mungkinkah tsunami akan berulang kerana sebentar tadi ( baca di bawah ) Lihat kawasan yang dilanda tsunami di atas
Terkini: "Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.

Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012)...... pukul 15.39 WIB.

Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura


Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami

BANDA ACEH - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

     Diharapkan penduduk yang tinggal berhampiran pantai mengambil langkah berjaga2...

Penilaian PBS Siri 1

Perhatian : Kepada Pelajar 1RK pada hari Jumaat ini akan dijalankan Ujian PBS bagi bab yang telah kita pelajari sebelum ini iaitu Bab 1 hingga Bab 5, harap bersedia.

Isnin, 2 April 2012

PBS mengantikan Geografi....

                                 PBS pengganti PMR

Hari ini aku baru pergi kursus 3 hari tentang penataraan PBS tingkatan 1. PBS akan menggantikan PMR.

Apa itu PBS?

PBS ialah penilaian berasaskan sekolah. Ini bermaksud guru memegang 40% markah bagi setiap pelajar yang akan dibawa dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Tingkatan 5 akan ada SPM. Setakat ini perancangan PBS adalah hanya hingga tingkatan 3.

Bagi subjek seperti PJK, tak silap aku 100% markah adalah bergantung pada guru.

Penilaian berasaskan sekolah adalah mengikut BAND. Pelajar akan dinilai mengikut keupayaan mereka setelah guru membentuk kemahiran kepada pelajar.

Contohnya..tak silap aku, kerana aku belum hafal lagi penilaian maksud setiap band. Band 1, bermaksud pelajar TAHU. Sekiranya pelajar lepas BAND ini pelajar akan diberi markah band 1. Band 2, tahu dan faham, Band 3, tahu,faham dan amal. Hinggalah Band 6, dimana pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran itu dan memberi kefahaman menggunakan kemahiran itu kepada orang lain dengan kreatif.

Contoh: Band 1.

Mengenali peralatan seni lukis. contoh: tahu itu adalah berus lukisan.

Contoh Band 2.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis itu. Contoh itu adalah berus lukisan dan tahu kegunaannya.

Contoh Band 3.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis dan tahu menggunakannya. Contoh, tahu menggunakan berus lukisan untuk melukis, bukannya untuk digunakan membaling pada kawan sebelah.hehe.

Dalam bahasa, kemahiran asas adalah lebih luas lagi. Setiap kali selepas topik yang diajar berakhir, guru akan memberi latihan untuk mengenal pasti samada pelajar tersebut menguasai kemahiran itu, dan lepas tu guru akan key in secara online, bahawa pelajar ini dah menguasai kemahiran itu. Dia akhir tahun, semua kemahiran yang disempurnakan oleh pelajar akan dirumuskan oleh sistem lembaga peperiksaan dan akan diletakkan band yang sesuai.

Bagi bidang bahasa, ada 60% markah yang datang melalui tugasan untuk PBP, iaitu penilaian berasaskan pusat. Pelajar akan diberi tugasan mengikut tempoh tertentu, dan markah akan dihantar kepada pusat, masa ni guru akan dilawat oleh pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan untuk markah pelajar distandardkan.

Ini bermaksud..kalau pelajar tak datang sekolah..pada waktu-waktu penting tu, pelajar takkan dapat menyiapkan tugasan..dan akan merendahkan BAND pelajar. Jadi, jika anak anda suka ponteng sekolah..tahniah diucapkan.

Pendapat aku mengenai PBS, pening sebab belum dilaksanakan, bila dah dilaksanakan..kebaikan ada pada pelajar..dimana mereka tidak lagi dinilai sekadar satu hari peperiksaan, dan pelajar dinilai mengikut kemahiran ..bukan lagi hafalan. Pada guru...ya banyak cabaran.

Pada ibu bapa? Sedialah menerima perubahan. Itupun kalau pilihanraya akan datang tidak mengubah dasar ini. Seperti biasa, lain menteri lain dasar...ye idak