Isnin, 28 Januari 2013

Aktiviti Mendaki Bukit Keledang

    Buat Semua pelajar 1 Rancangan Khas , 2 Rancangan Khas dan 3 Rancangan Khas yang berminat untuk aktiviti ini sila berikan nama pada Cikgu Abdul Ghani, Cikgu Abdul Karim dan Cikgu Saniah sebelum Tahun Baru Cina..

Isnin, 14 Januari 2013

Penilaian Berasakan Sekolah..

Berita terkini :
                                Keputusan Mesy KPPK Dgn Lembaga Peperiksaan Malaysia di KPM pada 11.1.2013.............
1. SPPBS Tahun 2012 akan dibuka semula pada 21 Jan hingga 10 Feb 2013 bagi membuat pembetulan Eviden/Band Tingkatan 1(2012) dengan syarat ada pengesahan drp Pengetua. Guru-guru yang tersilap klip atau tidak sempat klip, perlu buat pembetulan dan cetak Pelaporan Penyataan Prestasi Murid HANYA dalam tempoh tersebut sahaja. (Siaran drp LPM akan disusuli)

2. SPPBS Tahun 2013 hanya akan dibuka pada 1 Mac 2013 bagi memberi laluan kepada pengisian data APDM.
 3. Pengurusan Fail Eviden: hanya perlu simpan Eviden Terkini/Tertinggi setiap Deskritor setelah key-in ke SPPBS, lain-lain eviden boleh dipulangkan kepada pelajar. Guru perlu ada rekod setiap murid tentang penguasan murid di Borang Rekod Perkembangan Murid dan SPPBS.
4. Kemudahan ICT dan sistem/program akan dipertingkatkan. 5. Jumlah eviden akan digubal semula dan dikurangkan (tempoh masa bergantung kepada PPKurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.) "Bersatu Kita Berjaya" Salam 1NUTP drp Wang

Ahad, 13 Januari 2013

Geografi Hari Ini

Salam..agak dah lama jugak cikgu tak menulis dalam blog ini. Tirai 2013 dah bermula, ini tahun terakhir bagi PMR 2013 ( walaupun ramai ibubapa berharap ia tak menjadi ). Perlaksanaan PBS yang dah masuk tahun kedua nampaknya masih belum meyakinkan ibubapa tentang permansuhan PMR ni. Bagi cikgu sebagai pelaksana dasar ini..kami menurut perintah sebab banyak pro dan kontranya. PBS pun nampaknya mudah juga sbb pelajar tidak terlibat dengan sebarang peperiksaan dan ujian bulanan..wow..seronok. Sebagai Jurulatih Utama bagi subjek geografi sebenarnya cikgu nak mengucapkan terima kasih dari rakan2 seluruh Malaysia yang sanggup berkongsi idea dalam cikgu menyiapkan MODUL GEOGRAFI Tingkatan 1 dan 2..bagi guru-guru yang berminat boleh joingroup geografiperak.di mukabuku...

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013...

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013...: Salam sejahtera buat semua. Jadual persekolahan dan cuti sekolah di Malaysia untuk tahun 2013 atau juga dikenali sebagai Takwim Sekolah 2...

Khamis, 3 Januari 2013

Modul kemahiran Bab 1 hingga Bab 5 Tingkatan 3

Dimana nak dapat bahan ini..cikgu kongsikan bahan ini di group geogperak di facebook jadi joinlah group ini dapatkan bahan ini utk dibuatkan latihan dan dowload..