Sabtu, 31 Mac 2012

Earth Hour Akan Dipanjang kan

Pihak WWF hari ini mengumumkan bahawa sambutan Earth Hour di Malaysia pada tahun depan akan berpanjangan selama dua jam, bukan dua jam seperti tahun sebelumnya. Ini adalah berbeza dari sambutan biasa selama sejam yang dilakukan di negara luar. Ahli Jawatankuasa penganjuran Earth Hour 2012 , Dato Aman Firdaus mengatakan pihak WWF Malaysia mengambil langkah ini kerana merasakan Malaysia terlebih kuota "telapak kaki karbon" (carbon footprint) mereka pada tahun ini. Dato Aman memberitahu wartawan Metroll

"Pihak kami merasakan bagi mengimbangi penggunaan karbon monoksida berlebihan Malaysia pada tahun ini, Earth Hour tahun depan haruslah dipanjangkan ke dua jam. Kami dapati akibat kesesakan melampau akibat roadblock di jalan raya utama KL, pengguna kereta secara purata membakar purata 300 kali ganda lebih banyak minyak dari biasa. Ini membawa kerosakan yang teruk kepada alam sekitar. Disamping itu Loji Lynas yang bakal dibina di GEBENG juga menyebabkan POLLUTION QUOTA negara kita melonjak. Dengan Earth 2 Hour 2012 nanti diharapkan kita mampu reverse tha damage"


Ahad, 25 Mac 2012

Cara membuat hasil kajian

Bagaimana kita hendak membina kawasan kajian dalam folio kita..cikgu letakkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan anak2 pelajar

1. Perlu ada nama daerah kajian, kawasan kajian, keluasan tempat kajian ( seelok-eloknya dalam 1 perenggan )
2. Masukkan juga beberapa ciri fizikal ( semulajadi ) dan ciri budaya ( buatan manusia )
3. Masukkan peta daerah kajian


Tambah kapsyen

Ini ialah contoh peta Daerah Batu Gajah yang belum lengkap..
Ini ialah peta negeri Perak..pelajar perlu membuat kotak dan masukkan arah mata angin serta letakkan tajuk bagi mendapat peta yang lengkap...selesai.Boleh mula buat

keadaan Langit bulan Mac

Berikut merupakan keadaan langit yang akan berlaku sehingga akhir bulan Mac 2012 ini.

Zuhrah dan Musytari

Kedua-dua planet ini sudah semakin menjarakkan diri antara satu sama lain. Ia masih mudah kelihatan di ufuk barat, selepas Maghrib, dan boleh dilihat sehingga sekitar 9.30 atau 10 malam selepas ( 2jam atau 2 1/2 jam selepas terbenam matahar)
Untuk membezakan 2 planet ini amat mudah. Zuhrah adalah yang paling cerah berbanding Musytari. Kedudukannya juga boleh membezakan kedua-duanya. Zuhrah di sebelah kanan dan sedikit ke atas berbanding Musytari yang berada di sebelah kiri dan ke bawah.
Menjelang hujung bulan Mac ini, Zuhrah dan Musytari ini semakin berjauhan.

Marikh

Marikh masih kekal sebagai objek yang paling cerah di langit sebelah timur. Waktu untuk melihatnya ialah bila-bila masa sebaik sahaja matahari terbenam. Anda tidak mungkin dapat keliru dengan bintang-bintang lain kerana ia amat terang dan warna kemerahannya agak jelas.
Jika anda perhatikan berdekatan dengannya, sedikit sahaja di sebelah atas, ada sebuah bintang yang agak cerah bersinar warna putih. Itu ialah bintang Regulus, bintang yang paling cerah di dalam buruj Leo.
Marikh boleh kelihatan hampir sepanjang malam. Jika anda mencuba mencarinya pada sekitar tengah malam, ia akan berada tegak di atas kepala.
Namun, jika anda cuba mencarinya sekitar Subuh, ia sudahpun terbenam ketika itu. Namun, bagi yang rajin bertahajjud pada awal pagi, sekitar jam 4, ia masih boleh dilihat di ufuk sebelah barat.

Zuhal

Planet gelang Zuhal pula terbit sekitar jam 9 malam waktu KL, atau lebih kurang 1 1/2 jam selepas Maghrib ikut waktu tempatan masing-masing.
Saya cadangkan waktu yang sesuai untuk cuba mencari planet ini ialah sekitar jam 10 atau 11 malam, kerana pada ketika itu, ia sudah semakin tinggi di langit sebelah Timur.
Cuba, mungkin agak tricky untuk mengenalpastinya, kerana ia bersinar pada kecerahan yang cerah tetapi tidaklah sehebat Zuhrah atau Musytari.
Berdasarkan gamabarajah di bawah, jika anda mengarahkan mata ke sebelah langit timur pada jam 10.30 atau 11 malam, InsyaAllah anda akan terpandang beberapa buah objek yang cerah. 3 daripadanya pasti akan menarik perhatian anda
1. Ada sebuah bintang berwarna oren yang bersinar berseorangan di kiri. Nama bintang itu ialah Arcturus, dan kebetulan merupakan bintang ke-4 paling cerah di langit.
2. Ada 2 buah bintang yang membentuk garisan yang condong ke kanan sikit.
3. Tumpukan mata anda ke 2 buah 'bintang' itu. Yang di bawah akan bersinar sedikit terang berbanding yang di atas.
4. Yang di bawah itulah planet Zuhal!
5. Manakala, yang di atas, ialah sebuah bintang bernama Spica.
6. Anda juga mungkin perasan yang ketiga-tiga Arcturus, Zuhal dan Spica ini membentuk segitiga yang tidak sama panjang sisinya.
Kedudukan Zuhal berbanding Spica dan Arcturus ini tidak banyak berubah sehinggalah ke hujung bulan Mac ini.


Utarid
Planet Utarid ini tidak kelihatan kerana ia berada begitu hampir dengan matahari ketika ini.

Bulan.
Bulan akan melintasi Zuhrah dan Musytari pada hari-hari berikut;
24 Mac: Bulan sabit yang halus akan berada rendah di ufuk. Di atasnya pula terletak Musytari dan Zuhrah. Waktu paling sesuai ialah sekitar 1/2 jam selepas Maghrib.
25 Mac: Bulan semakin menghampiri Musytari dan sekali lagi membentuk segi tiga yang amat majestik di langit barat. Musytari akan berada ke sudut atas kiri sedikit, manakala Zuhrah berada ke sudut atas kanan (paling jauh dari Bulan). Waktu paling sesuai ialah sekitar 1/2 jam hingga 1 jam selepas Maghrib.
26 Mac: Bulan akan berada di antara Musytari dan Zuhrah! Ketiga-tiga objek ini membentuk garisan yang lurus! Cukup unik dan menarik untuk dirakam gambarnya!
27 Mac: Bulan sudah semakin tinggi. Zuhrah di bawahnya, manakala Musytari yang paling jauh. Perhatikan di sebelah kanan Bulan sebenarnya terletak gugusan bintang Seven Sisters yang amat popular itu!
28 Mac: Bulan semakin menjauhi Zuhrah dan Musytari. Kali ini di kirinya, akan kelihatan sebuah bintang kemerahan. Itu ialah bintang Aldebaran, di dalam buruj Taurus. Malah, jika anda menggunakan binokular, anda akan dapat lihat antara Aldebaran dan Bulan, akan terdapat sekumpulan bintang-bintang. Itu ialah sebuah lagi gugusan bintang yang dipanggil sebagai Hyades.
29 Mac: Di sebelah kiri Bulan, terletaknya buruj Orion.
31 Mac: Di sebelah kanan Bulan, akan kelihatan 2 buah bintang yang bersinar pada kecerahan yang agak sama. Itulah bintang Pollux dan Castor, yang terletak di dalam buruj Gemini.

rujukan
fenomena ini menerusi laman web Falak-Online, dan akan turut diheboh-hebohkan menerusi Facebook dan Twitter Falak Online.

Fenomena Ekuinoks

Fenomena Ekuinoks 20 Mac 2012

Fenomena, 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi?

Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?

A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

Q: Kenapa ia boleh berlaku?

A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?

A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.

A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?

A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?

A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?

A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?

A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?

A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?

A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!

A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!

14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.
*
Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar


Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?

A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.
*
Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi

Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?

A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!

A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?

A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

Sumber daripada Cikgu ShahRin Ahmad dan http://sweet-ladybird.blogspot.com/2012/03/fenomena-ekuinoks-20-mac-2012.html

Isnin, 5 Mac 2012

Berita Harian Online | Gempa bumi 5.5 magnitud landa Bengkulu, Sumatera

Berita Harian Online Gempa bumi 5.5 magnitud landa Bengkulu, Sumatera

JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter melanda Selumba,
Bengkulu, Sumatera hari ini menyebabkan sebahagian penduduk tempatan panik
seketika dan keluar rumah menyelamatkan diri kerana bimbang berlakunya gempa
susulan. Bagaimanapun, kegiatan penduduk kembali normal tidak lama
kemudian, apabila pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia,
gempa yang berpusat kira-kira 46 kilometer ke Tenggara Selumba-Bengkulu, dengan
kedalaman 15km itu berlaku pada jam 6.17 pagi. - BERNAMA

Ahad, 4 Mac 2012

geo@SDAR: SUBJEK GEOGRAFI DAN KEPENTINGANNYA DI MALAYSIA

geo@SDAR: SUBJEK GEOGRAFI DAN KEPENTINGANNYA DI MALAYSIA: Salam persaudaraan! Setelah lama kita menggunakan sukatan pelajaran geografi sehingga kini kita masih lagi menanti apakah dan bagaimanakah s...

Jumaat, 2 Mac 2012

Folio tajuk 2 Perniagaan runcit

Folio Perniagaan runcit  ini di ambil dari :http://smkpenghulusaad.wordpress.com

Bahan ini Hanya contoh, sila buka laman web sebenar untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan Parit Sulong.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.


(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
4) Pekan Parit Sulong ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.


PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]


(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual
= seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk _________
3)
Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4)
Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.

2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk

- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.

3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan

- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk
.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain
.
5) menyediakan barangan segar

- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Unsur patriotisme

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
1) Governan
-
Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.3) Infrastruktur- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
-
lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.6) Kesesuaian waktu berniaga- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.
Unsur patriotisme

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran

- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.

4. Kesesakan lalu lintas
-
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
-
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti

- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Unsur patriotisme


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga
.
2. Pengawalan harga

- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

4. Menyediakan kemudahan asas

- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Unsur patriotisme

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

(Nombor 9) RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.

  1. Gambar / foto yang berkaitan
  2. Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet

(Nombor 11). PENILAIAN UMUM
Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan
Jenis Barangan
Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar minggu pekan Parit Sulong.
Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor (Tandakan 4 kesan utama)
Kesan
Tandakan
(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta minda untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Minggu pekan Parit Sulong.
Semoga subjek Geografi terus diminati dan tidak dipinggirkan
Mari kita belajar berkaitan ekosistem melalui Youtube

komponen ekosistem


ekosistem tumbuhan bakau


Sumber budaya alam

Earth song....nyanyian alam yang penuh kesyahduan