Berkongsi tentang segala ilmu berkaitan Subjek Geografi , Alam Sekitar dan Penilaian Berasaskan Sekolah
Sabtu, 18 Februari 2012
Jadi bila nak mula..semuanya bila ditanya, apa yang awak nak dlm keputusan PMR..mesti A cikgu..tapi usaha setakat boleh cukup makan aje...
Cuba lihat bahan cikgu yang terutama berkaitan analisa soalan 2005 - 2010 ( tahun lepas ). Soalan mana yang paling banyak ? soalan F1, tapi sejauhmana pelajar tahu ( atau buat2 tak tahu ).
Jadi kesimpulannya: mudah berusahalah dari sekarang, tak faham tanya, kerja bertangguh tak menjadi
* pelajar F1 2012, takade PMR tapi instrumennya pulak banyak ( baru pagi td ditaklimatkan tentang PBS menggantikan PMR..
Khamis, 16 Februari 2012
Selasa, 14 Februari 2012
Bahan Membina Folio 2012
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Hasil Kajian
7) Rumusan
8) Rujukan
9) Lampiran
10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )
(Nombor 3)
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK ..................................................... kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu ........................................................ yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu .............................. yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung ................................................... yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
(Nombor 4)
PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk .................................... Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai ...........................................................
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai ............................................................................. dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan .............. sehingga bulan ................. iaitu kira-kira ........... bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
(Nombor 5)
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1)
2)
3)
4)
5)
6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Kg. .........................
(Nombor 6)
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung .............................................. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu ...........t dan kira-kira .......... km dari pekan ......................... Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah .......... sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa ......... minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai ............... sekolah menengah iaitu SMK ............................... yang mempunyai pelajar seramai ..................... orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.
Kampung ............................ mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor ........................ iaitu ........................... dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah
2) Peta Pekan
3) Peta Kg.
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian
2) Temu Bual
3) Soal Selidik
4) Rujukan
Ahad, 12 Februari 2012
Pembentangan KKG PMR 2012
PEMBENTANGAN KKG 2012
Peringatan!!!!
Khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Tiwa, Sila buat kerja kursus anda dengan kadar segera. Pastikan selepas naik cuti ini, anda sudah menyiapkan kerja-kerja awalan iaitu dari tajuk hinggalah kaedah kajian..
Wasallam
Khamis, 9 Februari 2012
Soalan Folio Geografi 2012
1. Laman web Kementerian pelajaran Malaysia atau
di sini
Mungkin sekolah belum mula lagi tapi study dan pilih dahulu tajuk yang sesuai sebagai pilihan utk folio 2012...