Jumaat, 30 September 2011

Analisa soalan Percubaan PMR 2011

Di sini cikgu serta analisa geografi percubaan PMR 2011 dari beberapa negeri 2011. Ia bertujuan untuk kita melihat tajuk2 tumpuan utama PMR dan boleh kita gunakan utk latihan fasa
terakhir menjelang PMR pada minggu depan
1. Analisis percubaan PMR Tingkatan 1 2001
2. Analisis Percubaan PMR Tingkatan 2 2011 ( Klik untuk melihat ).
Cikgu berharap ia dapat membantu pelajar melihat tajuk2 tumpuan utama. Selamat membaca dan menjawab soalan latihan, ( yang ringan2 sahaja )..

Selasa, 27 September 2011

Nota sisipan geografi 2011

sila dowload nota sasaran a geografi yang ada 2 set.. set 1 dan set 2

semoga ia dapat membantu mencapai sasaran A..

Khamis, 22 September 2011

Soalan latihan online

Pelajar-pelajar boleh menjawab soalan latihan PMR dan soalan tahun lepas secara di laman web http://learningcontent.dyndns-free.com
Terdapat soalan sejarah, geografi, bahasa melayu Inggeris dan Matematik..

Rabu, 21 September 2011

Program Puncak Geografi PMR

Bahan ini dikongsikan dari Blog :http://geogarang1.blogspot.com Puncak Usaha Geografi Pmr 2011
Penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, yang mewajibkan isi rumah di negara ini untuk mengasingkan sampah sebelum ia dikutip pihak berkuasa tempatan menjelang 2013...........................dah 21.Sept ( bermula 1 sept ). Setakad ini tahukah kita - seharusnya kita sudah memulakan proses latihan pengasingan sampah kita. Kita selalu bercakap tentang pelestarian alam, alam sekitar bersih, kitar semula. maka inilah masanya kita mempraktikkan apa yg telah kita belajar dalam kehidupan seharian.

Khamis, 15 September 2011

Cikgu sudah menyiapkan nota sisipan bagi memudahkan pelajar ulangkaji. Ia termasuklah analisis utk menjimatkan masa pelajar..yang berminat boleh hubungi cikgu. Notanya ada 16 muka surat sahaja. Yang dah dpt jgn kedekut tlg sebarkan ilmu ini bagi merealisasikan A untuk Geografi PMR 2011. Jangan berlengah, yang blm dapat cuba cari nota ini...

Isnin, 12 September 2011

Pada hari cikgu tambahkan pulak soalan Percubaan Geografi MRSM 2011 ( siapa nak jawapan bg no emel, cikgu emelkan ). Kepada anak murid di TIWA minggu ini kita ada Kepung PMR 2011.
Diminta semua pelajar bersedia..selamat menjawab

Ahad, 11 September 2011

Latihan lagi..

Cikgu dah tambahkan soalan percubaan Negeri Pahang dan jawapan..selamat menjawab ( sila klik untuk mendapat soalan dan jawapan

Sabtu, 3 September 2011

Salam kemerdekaan Buat Semua


Salam kemerdekaan semua, belum terlewat cikgu nak mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara. Almaklumlah cuti hari raya, blog pun tak sempat nak jenguk.Hargai dan jagailah kemerdekaan ini kerana bukan senang nak dapat. Cara yang terbaik kibarlah jalur gemilang dan sedekahkan fatihah kepada tokoh-tokoh yang terkorban dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.