Khamis, 30 Jun 2011

Pra Peperiksaan PMR percubaan Geografi 2011

Peperiksaan Pra-pmr 1 Geografi 2011 Sarawak

Isnin, 27 Jun 2011

Latihan Ulangkaji 1

Para pelajar tolong buat latihan ulangkaji di rumah
Soalan percubaan geografi negeri Kedah 2010
Soalan percubaan Terenganu dan Sabah 2010

Ahad, 26 Jun 2011

Binatang 1000 guna..cuma kita perlu hati-hati

Istilah Babi Dalam Perubatan...

Sangat berguna untuk anda…

Untuk dikongsikan bersama.
Mudah-mudahan ada manfaatnya..
Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Sabtu, 25 Jun 2011

PEKAN 23 Jun - Pelajar sekolah menengah yang menerima Netbook 1Malaysia diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan negatif serta mengakses bahan-bahan yang tidak berfaedah.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, pelajar berkenaan perlu bijak menggunakan komputer tersebut bagi mencari maklumat untuk meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran.

"Kerajaan memberikan komputer berkenaan secara percuma adalah bertujuan memberi peluang kepada mereka memperolehi maklumat dan pembelajaran dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kampung Tanpa Wayar dan Pengagihan Komputer 1Malaysia Parlimen Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 645 pelajar sekolah menengah dari seluruh daerah ini menerima Netbook 1Malaysia.

Menurut beliau, pemantauan guru di sekolah dan ibu bapa di rumah terhadap pelajar dan anak-anak amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet di kalangan pelajar.

"Ibu bapa dan guru mempunyai peranan yang penting dalam mengawasi pelajar ini agar mereka tidak terdedah anasir negatif seperti berkaitan seksual, pembohongan, penipuan dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini mencecah 58.4 peratus iaitu melebihi sasaran awal sebanyak 50 peratus.

Katanya, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara kepada 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sumber : Utusan 24/6/2011

kenangan hari sukan

Jumaat, 24 Jun 2011


Kalau semua memahami kata-kata Prof. Ungku Aziz ni, kan bagus. Tak ade masalah :
1. Murid akan berjaya
2. Cikgu senang hati
3. Sekolah gemilang
4. Negara terbilang
Tapi masalahnya ramai yang tak faham atau buat-buat tak faham

Sukan 1 Malaysia

Larian 1 Malaysia akan dilancarkan serentak pada 2hb 2011 ( Sabtu ). Semua sekolah di Malaysia akan berlari secara serentak..
 

Sungai di Malaysia

Sungai Paling Kotor Di Malaysia
Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut, Sungai Pinang adalah antara sungai paling tercemar sepanjang tahun itu sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman.
Kajian hidrologi yang dilakukan mengkategorikan tiga sumber pencemaran sungai ialah pencemaran fizikal seperti sampah-sarap, pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E- Coli, pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi dan pencemaran kimia.

Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga mungkin mencecah RM500 juta kosnya, namun sehingga kini, masih banyak lagi sampah sarap yang terapung di permukaan sungai dan kualiti air yang begitu teruk tercemar. Bukan sahaja penduduk, malah pengusaha bengkel kereta juga menunjukkan sikap tidak beretika dengan membuang terus bahan buangan seperti sisa minyak hitam dan kepingan besi ke dalam sungai.
Kesimpulannya, selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah pencemaran dan kekotoran Sungai Pinang serta sungai-sungai yang lain tidak akan dapat diatasi.

Sabtu, 18 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011

I watched the lunar eclipse via video streaming. These were the ones taken in Ranang, Sabah and the last few from Youtube.

Certainly worth missing my beauty sleep for this :)))

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011

I watched the lunar eclipse via video streaming. These were the ones taken in Ranang, Sabah and the last few from Youtube.

Certainly worth missing my beauty sleep for this :)))

Jumaat, 17 Jun 2011

Tumbuhan Semula Jadi

Setiap pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mungkin sekadar kenal satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan gunung. Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.


Jenis tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu, hujan). Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab. Begitu juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.


Taburan Tumbuhan Semulajadi Dunia:

1. Hutan Hujan Tropika





Taburan hutan hujan tropika dunia






Lapisan-lapisan hutan hujan tropika






Lantai hutan yang jarang - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut













Akar banir


Bunga Pakma @ Rafflesia - bunga terbesar di hutan hujan tropika tetapi awas...busuk!!
Tumbuhan epifit terbesar di hutan hujan tropika - orkid harimau @ Bunga Puteri @ Grammatophyllum Speciosum










Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil


Khamis, 16 Jun 2011

Pengodam....

rt:55 PM  No comments

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

 

Hebat kereta ni...ade roadtax ke

Walupun nampak buruk toyota ini tapi enjin masih tip top...
boleh pergi kemana-mana...




Selasa, 14 Jun 2011

Cadangan Blog Geografi

salam, terima kasih kerana melayari blog kami. Kami menjumpai satu lawan blog geografi yang mengandungi beberapa video pengajaran yang boleh membantu kalian. sila ke http://geogarang.blogspot.com. Salam dari kami!

Isnin, 13 Jun 2011

Kursus Pemeriksa Kertas Sejarah SPM

Minggu depan cikgu berkursus di Pearl Hotel International, Kuala Lumpur.
Bagi Pelajar 1RK cikgu harap waktu cikgu takde siapkan folio Sejarah...
     Pelajar 3 RK teruskan latihan buku latihan percubaan Perak 2005 - 2011..

Jumpa pada 24.6.2011..

Folio geografi / sejarah

Semua pelajar pastikan hantar kerja tersebut sebelum : 14.06.2011

Selamat datang

baru nak mula aktif...